Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Openg tiba di Kabong hari ini. Setibanya di Kabong, Ketua Menteri telah diberi taklimat pembangunan oleh pelbagai agensi kerajaan mengenai pembangunan di Kabong.
Ketika sidang media yang diadakan selepas taklimat pembangunan tersebut, Ketua Menteri menyatakan memgenai beberapa projek pembangunan untuk Kabong termasuklah seperti yang berikut: -
1. Membangunkan Pejabat Daerah yang baru dengan peruntukan kos kira-kira RM 7 juta yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dalam rangka memberi perkhidmatan yang lebih efektif kepada rakyat.
2. Membangunkan Pekan Baru Kabong yang berkeluasan 27 ekar bagi membangunkan pasar baharu dan membuka kawasan perumahan baru di pekan tersebut.
3. Membangunkan Dewan Masyarakat bagi menampung keperluan untuk 300 orang dengan peruntukkan bernilai RM 5.5 juta.
4. Membangunkan Masjid Baru untuk masyarakat yang menelan kos RM14 juta yang dapat memuatkan 1500 jemaah termasuk pelbagai kemudahan untuk acara akad nikah.
5. Menaiktaraf saluran air paip yang bakal disambung sampai ke Ulu Roban meliputi Rumah Panjang di Ulu Roban meliputi 5 Rumah Panjang yang menelan kos RM 15 juta yang dijangka bermula pada tahun hadapan dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.
Hadir sama semasa lawatan Datuk Patinggi Abang Zohari adalah ADUN Kabong, Mohd.Chee Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Ekonomi), Datu Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki.
Sumber dari : Sarawakku